Wednesday, 23 September 2015

Aidil Adha Seorang Budak Sekolah



I still remember when I was 15 years old, tahun 2005. Masa tu saya sekolah kat MRSM Pasir Salak. Junior Pioneer di MRSM tu sebab MRSM baru buka masa saya form 1.



Lagi beberapa hari nak Aidil Adha. Saya call ma. Masa tu public phone masih wujud haha

"ma, sihat ke? tahun ni raya mana?" saya dengar suara ma saya seakan sedih masa jawab soalan saya. "adik, tahun ni adik tak payah balik raya ye, adik balik rumah pakcik Fadzlin boleh?" pakcik fadzlin ni kira macam kawan rapat abah & ma. Masa saya sekolah di Perak dia banyak jaga saya.

Saya terdiam masa tu. "Ma sebenarnya tak ada duit nak bagi adik balik," tambang bas masa tu RM30++ dari Perak ke Seremban. Dari Seremban saya akan naik bas ke Bahau lebih kurang 2 jam. Dari Bahau baru la ma ambil ke rumah kami di Estet lebih kurang 45min. Nak menangis, tapi kami memang bukan dari keluarga yang senang. Bayangkan kalau tiket bas pun tak mampu kami beli. Saya setuju tanpa rela.

Bukan tak nak balik rumah Pakcik Fadzlin, tapi saya segan dengan dia dan keluarga dia. Kawan saya, Liyana nampak saya sedih, dia terus offer ikut dia balik Selangor. At least ada teman kata dia. Saya pun setuju. Saya cakap kat dia, saya memang tak ada duit langsung. Dia cakap tak apa, semua dia tanggung. Liyana memang anak orang kaya, ayah dia ada kedai emas, mak dia la yang design jalan kawasan Selangor, tapi tak ingat kawasan mana haha

korang adik-adik baru mana tau fungsi tekan dua ni lama-lama
ke korang tak tau kewujudan phone ni :p kuikuikui


Family Liyana memang baik, dia layan saya macam family sendiri. Pernah ayah dia hantar saya sampai depan rumah sebab saya salah naik public transport. Masa hari raya, dieorang balik ke Melaka. Kat highway saya nampak signboard "SEREMBAN" sedih weih! haha


Dalam hati saya menjerit, "pakcik! saya nak balik! boleh hantar saya?!"bila bertolak balik ke selangor saya sanggup tak tidur semata-mata nak tengok signboard "SEREMBAN" tu berlalu pergi. Dah la masa tu waktu senja. Memang rasa sedih sangat. Saya rindu keluarga saya.

Ini kali keberapa saya beraya jauh dari Family. Tahun ni lagi jauh, MESIR terus.

Ya ALLAH semoga ini adalah raya terakhir saya jauh dari family. Tahun ni tahun akhir saya dalam Pengajian Perubatan. Semoga tahun-tahun akan datang dapat beraya dengan family.

Peliharalah kesemua yang aku sayangi, jauhi kami dari fitnah dunia, penyakit wahan, dan segala perkara tak baik. Lindungilah kami Ya ALLAH. Berkati setiap perjalanan hidup dan rezeki kami.

Aminn ya RAbb


N.B : nama je budak medik tapi penulisan, budak UPSR lagi hebat haha

No comments:

Post a Comment